Ahad, Februari 07, 2010

Pesanan Tn Pengarah

Semasa merasmikan Majlis Penutupan Orientasi Guru Baru WP Labuan 2010, Tn Pengarah ada menyebut tentang pematuhan dan penerapan penghayatan ADAB kepada semua warga sekolah. Kamus Dewan, edisi ke-3,m/s 6 merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan.

Tn Pengarah ada menyebut lagi tentang perkara adab ini perlu disemaikan sebaik mungkin khusunya kepada generasi murid yang baru mengenali kehidupan, harus ditanamkan adab sama ada semasa sapaan ' apa khabar?', ucapan salam 'assalamualaikum' atau Selamat Pagi, Selamat Datang dan sebagainya.

Ia juga tidaklah dibatasi di dalam hal lain, seumpama perlakuan semasa makan dan minum. Elokkah pekerti dengan perlakuan makan @ minum sambil berdiri? (jika tiada alasan tertentu?)

Ia juga penting di dalam pergaulan seharian. Setiap masa anjuran saling hormat-menghormati di dengari sama ada di dalam ucapan Pengetua @ Guru Besar semasa perhimpuan mingguan atau pesanan & nasihat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Ingatan saya di dalam buku Jurnal Dakwah, terbitan Bahagian Pendidikan Islam, KPM ada dinyatakan perkara adab secara khusus ini di bawah tajuk IKLIM DINIE (Suasana Beragama). Tidak lain dari maksud menyerapkan nilai murni di dalam agama semasa berada di kawasan sekolah.

Harapannya, agar sahabat-sahabat Guru Pendidikan Islam memainkan peranan di barisan hadapan menyemaikan secara tuntas adab yang diperlukan oleh seseorang murid. Mudah -mudahan akan terbinalah ummah yang ada di bumi bertuah ini menghayati agamanya, mengamalkan ilmunya dan meneguhkan imannya. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan