Ahad, Februari 07, 2010

Pesanan Tn Pengarah

Semasa merasmikan Majlis Penutupan Orientasi Guru Baru WP Labuan 2010, Tn Pengarah ada menyebut tentang pematuhan dan penerapan penghayatan ADAB kepada semua warga sekolah. Kamus Dewan, edisi ke-3,m/s 6 merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan.

Tn Pengarah ada menyebut lagi tentang perkara adab ini perlu disemaikan sebaik mungkin khusunya kepada generasi murid yang baru mengenali kehidupan, harus ditanamkan adab sama ada semasa sapaan ' apa khabar?', ucapan salam 'assalamualaikum' atau Selamat Pagi, Selamat Datang dan sebagainya.

Ia juga tidaklah dibatasi di dalam hal lain, seumpama perlakuan semasa makan dan minum. Elokkah pekerti dengan perlakuan makan @ minum sambil berdiri? (jika tiada alasan tertentu?)

Ia juga penting di dalam pergaulan seharian. Setiap masa anjuran saling hormat-menghormati di dengari sama ada di dalam ucapan Pengetua @ Guru Besar semasa perhimpuan mingguan atau pesanan & nasihat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Ingatan saya di dalam buku Jurnal Dakwah, terbitan Bahagian Pendidikan Islam, KPM ada dinyatakan perkara adab secara khusus ini di bawah tajuk IKLIM DINIE (Suasana Beragama). Tidak lain dari maksud menyerapkan nilai murni di dalam agama semasa berada di kawasan sekolah.

Harapannya, agar sahabat-sahabat Guru Pendidikan Islam memainkan peranan di barisan hadapan menyemaikan secara tuntas adab yang diperlukan oleh seseorang murid. Mudah -mudahan akan terbinalah ummah yang ada di bumi bertuah ini menghayati agamanya, mengamalkan ilmunya dan meneguhkan imannya. Amin

Selasa, Februari 02, 2010

STAR Headcount SPA 2010

Bernaung di bawah Sektor Pengurusan Akademik (SPA), semestinya lebih mendekatkan diri kepada metedologi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas (cikgu la katakan). UPI juga tidak ketinggalan mendapatkan seberapa banyak ilmu pengetahuan di SPA.
Bertempat di SJKC Chung Hwa, satu taklimat STAR HEADCOUNT yang dipelopori Warga SPA dengan dibantu En Aminuddin Abd Malik telah mengadakan taklimat ringkas bagi memahami dan mengendalikan instrumen tersebut.

Sebenarnya program ini telah diilhamkan oleh Warga SPA dari tahun 2004 lagi. Cuma beberapa penambahbaikan dan 'sobek' situ-sini sikit menjadikan STAR Headcount ini jadi cantik. Tahniah untuk En Aminuddin & En Nizam.
Setamat taklimat tersebut, Pn Maimoon Matnoh, KS SPA amat berharap sesi penerangan & penjelasan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua guru, lebih-lebih lagi harapan utama ialah untuk melonjakkan pencapaian cemerlang murid di W.P. Labuan.
Tidak lupa kepada sahabat-sahabat GPI, dekatilah Star Headcount ini untuk memudahkan analisa peperiksaan dan penilaian nanti. Kalau perlu, kita akan jemput En Nizam & En Aminuddin secara khusus. - Sekian

Cuti Hari Wilayah

Assalamualaikum... hmm cuti. Cuti ialah kalimah keramat yang boleh membawa maksud kita dengan sengaja merehatkan badan, fikiran, emosi secara total dari melakukan sebarang kerja.

Ye ke?... sudah tentu sebagai insan dan muslim mukmin, tidak ada secebis pun kalimah itu bersarang dibenak. Setiap saat dijadikan sebagai saham untuk meningkatkan keimanan dan darjah ketaqwaan kepada Allah subhanahu wataala.

Jadi... kita dimana? Bak kata Nabil..... Lu pikir la sendiri... sekian

Selamat Hari Wilayah

Sabtu, Januari 30, 2010

Pengumpulan Data Maklumat

UPI sedang menerima Data Maklumat Berkaitan Pendidikan Islam terkini dari semua sekolah. Mohon semua KP intai-intaikan maklumat tersebut. Date-line 03 Feb. Qabla Al-Asr.

Jumaat, Januari 22, 2010

Pemburu & Murai

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu. Burung itu bertanya, "Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"Pemburu itu menjawab "Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk""Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku "Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman pepmbutu itu. Nasihat yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di dahan pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, “Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal”.
Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Disampaikannya nasihat yang kedua, “Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti”.Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang ! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram”.Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung muraiSi pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!” Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!”Si burung murai menjawab,"Alangkah bodohnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan kedua-duanya. Kau percaya pada perkara yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganku. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau bodoh!”
Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen orang bodoh seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si pemburu yang termenung akan ketamakannya itu.Wahai sahabat-sahabatku sekalian, itulah contoh betapa tamak halobanya sebahagian golongan daripada manusia, kelabu mata daripada mengetahui kebenaran. Kerana apa ya? Hmmm.. kerana hilangnya sifat qanaah (berasa cukup dengan apa yang ada). Tidak mustahil kerana sifat tamak, kita akan terheret kepada perbuatan-perbuatan yang mungkar seperti mencuri, menerima rasuah dan sebagainya yang akhirnya merosakkan maruah kita.