Sabtu, Januari 30, 2010

Pengumpulan Data Maklumat

UPI sedang menerima Data Maklumat Berkaitan Pendidikan Islam terkini dari semua sekolah. Mohon semua KP intai-intaikan maklumat tersebut. Date-line 03 Feb. Qabla Al-Asr.

Jumaat, Januari 22, 2010

Pemburu & Murai

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu. Burung itu bertanya, "Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"Pemburu itu menjawab "Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk""Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku "Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman pepmbutu itu. Nasihat yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di dahan pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, “Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal”.
Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Disampaikannya nasihat yang kedua, “Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti”.Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang ! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram”.Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung muraiSi pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!” Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!”Si burung murai menjawab,"Alangkah bodohnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan kedua-duanya. Kau percaya pada perkara yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganku. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau bodoh!”
Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen orang bodoh seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si pemburu yang termenung akan ketamakannya itu.Wahai sahabat-sahabatku sekalian, itulah contoh betapa tamak halobanya sebahagian golongan daripada manusia, kelabu mata daripada mengetahui kebenaran. Kerana apa ya? Hmmm.. kerana hilangnya sifat qanaah (berasa cukup dengan apa yang ada). Tidak mustahil kerana sifat tamak, kita akan terheret kepada perbuatan-perbuatan yang mungkar seperti mencuri, menerima rasuah dan sebagainya yang akhirnya merosakkan maruah kita.

Penyakit Yang Merugikan

Berikut adalah beberapa penyakit yang dapat menyebabkan seseorang rugi dalam kehidupannya baik di dunia maupun di akhirat.

PENYAKIT AKIBAT YANG DITIMBULKAN

Bangga terhadap diri sendiri atau bangga dengan amal kebajikannya
Pahala amal perbuatannya akan hilang dan dosanya semakin banyak
Melupakan kemasksiatan dan menganggap ringan perbuatan dosa
Dosanya akan dilipat gandakan oleh Allah
Iri dan hasad dengki Menghapus pahala amal kebajikan yang pernah dilakukan
Tidak hati-hati dalam mencari rezeki Doanya tidak dikabulkan
Berbohong Keimanannya tidak sempurna
Berkhianat Allah tidak menykai orang yang berkhianat
Melakukan tindakan bid’ah Syaitan lebih suka orang yang melakukan bid’ah daripada kemaksiatan
Menipu Masuk neraka jahannam apabila hingga mati ia masih melakukan kebinasaan ini
Berkawan dengan teman yang buruk akhlaknya Menyebabkan dia terjerumus ke dalam kemaksiatan Mengikut hawa nafsu

Nafsu adalah seburuk-buruk hal yang digunakan untuk menyukutukan Allah
Cinta dunia dan takut mati Lupa terhadap masalah akhirat
Menyia-nyiakan waktu yang berharga
Menyia-nyiakan umur dan menyebabkan banyak kebaikan tidak dapat dilakukan
Banyak berkhayal Tidak ada gunanya kerana khyayalan tiak akan mempengaruhi apapun
Rindu dan terjerat asmara Boleh menyebabkan mati suul-khatimah
Tamak Orang yang mempunyai sifat ini tidak akan pernah merasa cukup Kikir Tidak akan pernah merasa kaya dan cukup
Melihat acara-acara yang tidak ada gunanya Akan terkena oleh panah iblis
Menganggap rendah dosa-dosa Dosa itu akan menumpuk dan akan menghancurkannya
Melihat hal-hal yang diharamkan Menyebabkan Allah murka Senang melakukan maksiat

Dia akan selalu bersama yang dicintai Pengecut Tidak disukai oleh Rasulullah kerana rasulullah selalu berdoa supaya dijauhkan daripada sifat pengecut
Mengharap dan takut kepada selain Allah Syirik kepada Allah
Menyuap atau rasuah Tubuh yang diisi dengan barang haram maka layak masuk neraka Memakan harta anak yatim Dia akan memasukkan api ke dalam perutnya di neraka nanti
Tidak mahu peduli dengan banyaknya kemungkaran Ia bagaikan syaitan yang bisu Bangga dengan diri sendiri
Menjadi teman Firaun Ghibah dan namimah Dibenci oleh allah dan sebagainya.

Khalid Abdul Mu’ti Khalif, 2006. Jangan Lalai. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Shamsul Arifin Pulau Pinang

Khamis, Januari 14, 2010

Majlis Solat Sunat dan Cerapan Gerhana Matahari

Majlis Solat Sunat dan Cerapan Gerhana Matahari

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Cawangan Falak, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan akan menganjurkan Majlis Solat Sunat dan Cerapan Gerhana Matahari yang akan diadakan pada 29 Muharram 1431H (15 Januari 2010) di Perkarangan Masjid Putra, Putrajaya. Antara program yang dirancang adalah:

2.30 petang : Ketibaan tetamu Pengunjung
2.45 petang : Ceramah Fenomena Gerhana Matahari
oleh : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
3.45 petang : Solat Sunat Gerhana Matahari dengan diakhiri Dua Khutbah.
4.48 petang : Solat Asar
: Menyaksikan gerhana & pameran
5.38 petang : Bersurai


(Makluman kat atas tu kat KL, tapi kat Masjid Jamek Annur, WP Labuan pun ader buat jugak. Jom kita pakat ramai-ramai ke sana)

Perbezaan Antara Lelaki Dan Wanita

Salah satu tips bagaimana kita dapat mengeratkan lagi perhubungan antara suami dan isteri ialah dengan mengetahui dan memahami perbezaan sifat antara lelaki dan wanita.Berikut ini disenaraikan beberapa perbezaan yang perlu kita ambil tahu dan faham supaya kita dapat bertolak ansur antara satu sama lain.
——————————————————————————————-
* Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menariknafas lebih dalam daripada wanita.

* Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

* Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

* Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

* Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

* Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

* Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda;

* Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

* Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki.

* Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit ,surat-surat penting dan kad kredit bank.

* Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm…dan macam-macam lagi.

* Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

* Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

* Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza.

* Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat nya ialah hanya mahu ke pejabat.

* Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

* Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan.

* Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

* Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja.

* Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

* Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

* Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang-menyayangi.Wallahu'alam

Sumber: Us Shamsul

Adab Potong Kuku

Adakah anda tahu adab memotong kuku?Kalau tidak tahu,di sini saya akan tuliskan tentang adab dan cara memotong kuku dengan betul.
Semoga bermanfaat.

1. Baca Doa Ketika Memotong Kuku

2. Cara Potong Kuku Tangan (*Mengikut cara yang diajar oleh Syeikh Baijuri)

Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan kanan.

Kemudian seterusnya, dimulai dari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri.

3. Cara Potong Kuku Kaki (* Mengikut cara yang diajar oleh Ibnu Rif’ah)

Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri yang terakhirnya.

4. Hari-hari Yang Disunatkan Memotong Kuku

Terdapat dalam sebuah hadith Nabi SAW bermaksud ;

“Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada ;

SABTU –> Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
AHAD –> Hilang berkat
ISNIN –> Mempusakai alim fadhil (berilmu dan mempunyai kelebihan)
SELASA –> Mempusakai kebinasaan
RABU –> Mempusakai jahat perangai
KHAMIS –> Mempusakai kaya
JUMAAT –> Mempusakai ilmu dan lemah lembut. ”

** RUJUKAN:Dipetik dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub Jilid 1Wallahu'alam. (sumber: Tn Shamsul)

Selasa, Januari 12, 2010

Pemantauan Pendidikan Islam

SK Sungai Bedaun (7.00pg) 12.1.10






Permuafakatan


JPWPL bersama-sama dengan JAWI Labuan telah mengadakan pertemuan bertujuan melengkapkan peranan masing-masing untuk kebaikan masyarakat setempat. Pertemuan tersebut dipengerusikan oleh Y.Bhg En Mohammad Zaki Mohd Yusof A.M.N., Pengarah Pelajaran W.P. Labuan berlangsung di Bilik Mesyuarat Sektor Pengurusan Akademik. Turut hadir ialah Tn Hj Yusof Mamat, Ketua Penolong Pengarah JAWI Labuan.


Hadir bersama-sama di dalam pertemuan tersebut ialah para pegawai dari kedua-dua jabatan.


Pemantauan

Perbincangan KS SPA bersama-sama GB SK sg Bedaun

KU UPI sedang mengisi Buku Pelawat

Pagi tadi UPI bersama-sama SPA Jabatan Pelajaran WP Labuan telah mengadakan pemantauan Pengurusan Kurikulum dan Pengajaran dan Pembelajaran Guru di SK Sungai Bedaun mulai jam 7.00 pagi.

Pemantauan Kurikulum ini juga diketuai oleh Pn Maimoon Hj Matnoh, Ketua Sektor Pengurusan Akademik. Semua pegawai akademik hadir membantu melancarkan pemantauan tersebut.

Ketibaan rombongan SPA telah disambut oleh Pn Sinduri Jali, Guru Besar SK Sungai Bedaun. Antara lain aktiviti semasa pemantauan yang dijalankan ialah melihat secara dekat pelaksanaan Pengurusan Kurikulum, pemantauan 2 orang setiap mata pelajaran (Pengajaran dan Pembelajaran) di kelas.
Selain itu, pemantauan ini juga melibatkan Sektor Pengurusan Maklumat, yang bertindak menyelaras pelaporan menggunakan sistem komputer.

Sabtu, Januari 09, 2010

2010 : Selamat Belajar

Admin mengucapkan selamat belajar dan memulakan sesi persekolahan 2010 kepada anak-anak di Kelas Aliran Agama (KAA).

Di WP Labuan terdapat 3 buah sekolah menengah harian biasa yang menawarkan KAA mulai Tingkatan 1. Sekolah tersebut ialah SMK Labuan, SMK Mutiara dan SMK Taman Perumahan Bedaun.

Semoga setiap murid yang terpilih belajar di KAA akan menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pelajaran.

Juga tidak lupa kepada semua guru yang terlibat. Tahniah dan selamat maju jaya.

Lam Web & Blog

Mohon semua Web Master (Panitia Pendidikan Islam, Sekolah-Sekolah WP Labuan) kemaskini Laman Web & Blog masing-masing.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Jumaat, Januari 08, 2010

Laporan Muridku Sayang

Mohon semua KP untuk mengumpulkan semua Laporan Muridku Sayang bagi peserta KKGPI yang lepas. Laporan tersebut boleh dihantar terus ke Unit Pendidikan Islam (Operasi Dakwah) mulai malam ini (menerusi e-mail, tapi salinan asal hendaklah ditandatangani oleh Pentadbir)

Kempen Guru Cemerlang

Admin mengambil kesempatan di sini ingin memaklumkan kepada semua KP Pendidikan Islam supaya menghebahkan kepada sahabat-sahabat GPI untuk mengambil borang Guru Cemerlang.

Borang tersebut boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Marilah bersama-sama kita martabatkan sekurang-kurangnya tahun ini terdapat 5 GPI (SR) dan 3 GPI (SM)dianugerahkan Guru Cemerlang. BERSAMA KITA JAYAKANNYA.

Usrah Guru Pendidikan Islam

Bertepatan 7 Januari yang lepas, Unit Pendidikan Islam telah menyerahkan sebilangan bahan / buku yang boleh dijadikan bahan perbincangan dalam konteks Kerohanian & Kepimpinan di sekolah-sekolah WP Labuan.

Hasrat utama, sebarkanlah ilmu tersebut dengan mengadakan sebanyak mungkin majlis ilmu. Ia juga boleh disertai oleh semua warga sekolah.

Dipohonkan agar ilmu tersebut dapat dimanfaatkan.

Khamis, Januari 07, 2010

Health - Important Tips

Answer the phone by LEFT ear

Do not drink coffee TWICE a day

Do not take pills with COOL water

Do not have HUGE meals after 5pm

Reduce the amount of TEA you consume

Reduce the amount of OILY food you consume

Drink more WATER in the morning, less at night

Keep your distance from hand phone CHARGERS

Do not use headphones/earphone for LONG period of time

Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning

Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping

When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

Forward this to those whom you CARE about


Tq Chouq....

MTQSS 2010

Maklumat tentang perkara berkenaan telah dihantar melalui e-mail. Harap maaf.

Perbincangan cara pelaksanaannya akan ditentukan sedikit masa nanti.- Admin

Sempena Sambutan Bulan Dakwah Negeri 2010

SPILabuan3 sedang berusaha meningkatkan penghayatan nilai Islam dalam kalangan warga JABATAN PELAJARAN WP LABUAN. Antara usaha yang dilakukan ialah sambutan Bulan Dakwah Negeri.

Sehubungan itu, admin ingin menyampaikan beberapa perkara:

1. Aktiviti Bulan Dakwah sebagaimana yang dilaksanakan seperti tahun lepas (Kompang selawat, Berzanji marhaban, majlis Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid - Rujuk Ketua Panitia Pendidikan Islam)

2. Pertandingan Buku Skrap tentang Tokoh Ulama Tempatan.

3. Surau Sekolah Gemilang

maklumat lanjut akan disampaikan kepada semua KP dalam masa terdekat.

Marilah kita semua semarakkan dakwah di bumi bertuah ini.

Pendaftaran Kelas Aliran Agama di WP Labuan

2010, sekali lagi menyaksikan Kelas Aliran Agama merangkumi 3 buah sekolah menengah di Pulau WP Labuan. Ianya terdiri daripada SMK Labuan, SMK Mutiara dan SMK Taman Perumahan Bedaun.

Apa yang diharapkan, agar kewujudan peluang belajar di KAA ini sentiasa direbut peluangnya. Bukannya ibarat kata 'melukut ditepi gantang' atau 'melepaskan batok ditangga'.

Admin juga sentia mendoakan agar hasrat insan yang berjasa membuka KAA di pulau ini dicucuri rahmat oleh Allah Taala.

Sesudah itu, janganlah kita, generasi terkemudian ini menggerakkan usaha tidak terancang untuk menidakkan peluang anak-anak generasi terkini untuk belajar dan menuntut ilmu di KAA.

Apatah lagi, untuk kesekian kalinya, YB Ahli Parlimen menegaskan bahawa sebuah sekolah menengah agama akan dibuka di Pulau Labuan.

Admin juga mengucapkan selamat meneruskan pelajaran kepada murid yang terpilih untuk belajar di SMKA Sabah 2010. Juga di atas asas yang sama, seruan admin ialah belajarlah sehingga tamat.

Rabu, Januari 06, 2010

Peningkatan kualiti guru keperluan mendesak

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Peningkatan kualiti warga perguruan melalui program pembangunan profesionalisme berterusan kini merupakan keperluan mendesak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ia penting bagi memperbaiki kompetensi, pengetahuan dan keupayaan warga guru agar menjadi lebih dinamik.
Beliau berkata, usaha juga perlu dilakukan bagi menarik penyertaan lebih ramai individu yang berkebolehan menyertai profesion perguruan yang semakin mencabar.
"Apa yang lebih penting pada laluan untuk menuju ke arah kecemerlangan pendidikan ialah kualiti para guru.
"Semua pihak tahu bahawa kualiti sistem pendidikan yang kita ada tidak boleh mengatasi kualiti yang dimiliki para guru kerana merekalah yang akan menentukan prestasi sesebuah sekolah dan pencapaian pelajarnya," katanya.
Beliau berucap demikian sewaktu merasmikan Seminar Kongres Antarabangsa Bagi Keberkesanan dan Penambahbaikan Sekolah 2010 (ICSEI 2010) Kali Ke-23, di sini hari ini.
ICSEI 2010 yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia (UM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu berlangsung sehingga Jumaat ini dan disertai kira-kira 600 peserta tempatan dan antarabangsa.
Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang; Pro-Canselor UM, Toh Puan Dr. Aishah Ong; Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Arshad Ayub dan Timbalan Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Jamil Maah.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, sebagai sebahagian usaha meningkatkan kualiti guru, kerajaan telah menaik taraf semua maktab perguruan menjadi institut perguruan dan memperkenalkan program ijazah khas untuk para guru yang tidak mempunyai ijazah.
Katanya, Kementerian Pelajaran juga menggariskan beberapa strategi untuk meningkatkan tahap profesion perguruan antaranya mengetatkan proses pemilihan bakal guru, memperbaiki suasana pengajaran, mengukuhkan keyakinan diri guru dan memberikan khidmat sokongan yang berterusan.
"Dalam hal ini, kita menyediakan yang terbaik kepada para guru dengan peluang saksama untuk meningkatkan kerjaya mereka.
"Pengetua dan guru cemerlang pula diberikan peluang naik pangkat sebagai galakan kepada mereka meningkatkan prestasi dan seterusnya menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, pihaknya turut melakukan kajian semula kurikulum kebangsaan bagi memastikan ia memenuhi harapan dan tuntutan pendidikan berkualiti.
Katanya, kajian semula itu membabitkan penerapan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup kepada aspek pengajaran dan pembelajaran.
"Ini dilakukan melalui perubahan kandungan kurikulum, organisasi, pedagogi dan pendekatan dalam bilik darjah bagi memastikannya secara efektif memperkukuhkan potensi yang kreativiti dan potensi yang dimiliki pelajar.
"Perubahan ini dijangka sesuai untuk membentuk ekonomi berasakan ilmu pengetahuan yang kejayaannya bergantung kepada potensi kreativiti dan inovasi modal insan," katanya.

sumber: Utusan Malaysia Online

Ahad, Januari 03, 2010

Nasi Lemak

Salam, kisah yang nak dipaparkan ni sebenarnya kisah lama.. cuma sebagai halwa mata & hati jer... sementara nak mulakan tugas di tahun baru dipersembahkan:



Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh ... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang di sebelahnya menjawab.."Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?"Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh...pasti dikejutkan.. !"Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali.

Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.."Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni....perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh ..Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh!Cepat bangun!" Kata Pemandu..Si anak bangun dan berkata.."Oh sudah sampai ya!"Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan.. . "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?"tanya pemandu kebingungan."Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

p/s: Apakah perasaan anda jika anda ialah pemandu?hehehehe ... Tq choq, lain kali 'send' lagi.