Sabtu, November 21, 2009

Terima Kasih Ustazah

Ustazah Normah Zakaria, SK St Anne

Admin dan seluruh warga SPILabuan mengucapkan terima kasih dan tahniag kepada Ustazah Normah Zakaria yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai guru. Walau pun begitu, 'title' USTAZAH tidak akan terhenti. Terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan baik di sekolah maupun di peringkat jabatan. Hanya pada Allah jua dipohon ganjaran yang sewajarnya.



Ustaz Mat Hanipah Mat Zain, Ketua Unit Pendidikan Islam menyampaikan cenderamaat kenangan kepada ustazah normah.



Majlis Penyerahan Keputusan U.P.S.R. 2009









UPI mengucapkan jutaan tahniah dan syabas di atas kejayaan yang diperolehi oleh anak-anak UPSR WP labuan 2009. Semoga kejayaan ini dijadikan wadah meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu dan melestarikan usaha dakwah di muka bumi ini.


Ahad, November 15, 2009

Kursus Bahasa Arab

Tahniah kepada semua Guru Bahasa Arab (SM) yang telah menyudahkan kursus.

Sambutan Hari Keluarga JPWPL

Admin mengucapkan Salam Hari Keluarga kepada semua staf jabatan. Gambar tak ada disebabkan kamera tak bawa.

Khamis, November 12, 2009

Wahai Sahabat GPI

Amaran awal banjir & bencana alam yang lain, kita semua dapat tahu melalui berita TV dan media massa. Alangkah eloknya jika sahabat GPI WP Labuan dapat mengambil langkah awal bagi berjaga-jaga dengan fitnah yang melanda AGAMA. Silalah lawati al-fanshuri.blogspot.com sebagai 'supplement' dalam kedudukan kita hari ini sebagai Daie. Cuma nasihatnya, janganlah kita turut sama berada di kedudukan dan sebaris dengan manusia yang mencerca ulama.

Maklumat yang disampaikan ini boleh dijadikan bahan untuk perbincangan di peringkat Panitia Pendidikan Islam. Ingat, maklumat ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Ia hanya sebagai 'supplement' untuk mengawal diri.