Ahad, Februari 07, 2010

Pesanan Tn Pengarah

Semasa merasmikan Majlis Penutupan Orientasi Guru Baru WP Labuan 2010, Tn Pengarah ada menyebut tentang pematuhan dan penerapan penghayatan ADAB kepada semua warga sekolah. Kamus Dewan, edisi ke-3,m/s 6 merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan.

Tn Pengarah ada menyebut lagi tentang perkara adab ini perlu disemaikan sebaik mungkin khusunya kepada generasi murid yang baru mengenali kehidupan, harus ditanamkan adab sama ada semasa sapaan ' apa khabar?', ucapan salam 'assalamualaikum' atau Selamat Pagi, Selamat Datang dan sebagainya.

Ia juga tidaklah dibatasi di dalam hal lain, seumpama perlakuan semasa makan dan minum. Elokkah pekerti dengan perlakuan makan @ minum sambil berdiri? (jika tiada alasan tertentu?)

Ia juga penting di dalam pergaulan seharian. Setiap masa anjuran saling hormat-menghormati di dengari sama ada di dalam ucapan Pengetua @ Guru Besar semasa perhimpuan mingguan atau pesanan & nasihat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Ingatan saya di dalam buku Jurnal Dakwah, terbitan Bahagian Pendidikan Islam, KPM ada dinyatakan perkara adab secara khusus ini di bawah tajuk IKLIM DINIE (Suasana Beragama). Tidak lain dari maksud menyerapkan nilai murni di dalam agama semasa berada di kawasan sekolah.

Harapannya, agar sahabat-sahabat Guru Pendidikan Islam memainkan peranan di barisan hadapan menyemaikan secara tuntas adab yang diperlukan oleh seseorang murid. Mudah -mudahan akan terbinalah ummah yang ada di bumi bertuah ini menghayati agamanya, mengamalkan ilmunya dan meneguhkan imannya. Amin

Selasa, Februari 02, 2010

STAR Headcount SPA 2010

Bernaung di bawah Sektor Pengurusan Akademik (SPA), semestinya lebih mendekatkan diri kepada metedologi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas (cikgu la katakan). UPI juga tidak ketinggalan mendapatkan seberapa banyak ilmu pengetahuan di SPA.
Bertempat di SJKC Chung Hwa, satu taklimat STAR HEADCOUNT yang dipelopori Warga SPA dengan dibantu En Aminuddin Abd Malik telah mengadakan taklimat ringkas bagi memahami dan mengendalikan instrumen tersebut.

Sebenarnya program ini telah diilhamkan oleh Warga SPA dari tahun 2004 lagi. Cuma beberapa penambahbaikan dan 'sobek' situ-sini sikit menjadikan STAR Headcount ini jadi cantik. Tahniah untuk En Aminuddin & En Nizam.
Setamat taklimat tersebut, Pn Maimoon Matnoh, KS SPA amat berharap sesi penerangan & penjelasan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua guru, lebih-lebih lagi harapan utama ialah untuk melonjakkan pencapaian cemerlang murid di W.P. Labuan.
Tidak lupa kepada sahabat-sahabat GPI, dekatilah Star Headcount ini untuk memudahkan analisa peperiksaan dan penilaian nanti. Kalau perlu, kita akan jemput En Nizam & En Aminuddin secara khusus. - Sekian

Cuti Hari Wilayah

Assalamualaikum... hmm cuti. Cuti ialah kalimah keramat yang boleh membawa maksud kita dengan sengaja merehatkan badan, fikiran, emosi secara total dari melakukan sebarang kerja.

Ye ke?... sudah tentu sebagai insan dan muslim mukmin, tidak ada secebis pun kalimah itu bersarang dibenak. Setiap saat dijadikan sebagai saham untuk meningkatkan keimanan dan darjah ketaqwaan kepada Allah subhanahu wataala.

Jadi... kita dimana? Bak kata Nabil..... Lu pikir la sendiri... sekian

Selamat Hari Wilayah